Pukau sihir melumpuhkan minda merosakkan mangsa.
Berkaitan pukau, saya nak kongsikan pengalaman saya dipukau sebagai intro entri saya ni. Bukannya nak mengaibkan sesiapa. Bukan juga nak kejar glamour. Cuma nak kongsi pengalaman saya sendiri, supaya jadi teladan kepada semua yang membaca.
Majikan mandrem dan pukau.
Kali pertama saya dipukau ketika saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir sebuah syarikat swasta . Di mana, salah sebuah branch yang perlu saya handle ialah menguruskan perniagaan Prepaid dalam syarikat Raja Prepaid. Yang pukau saya ni perempuan berfurdah merupakan majikan saya. Kami selalu makan sepinggan. Sebenarnya, puas saya cuba nak berhenti bekerja dengannya, malangnya tidak berjaya.
Solat Hajat dan bauan Aromaterapi menyedarkan.
Satu hari, saya kuatkan hati, saya buat
solat hajat. Keesokannya, kawan lama saya Puan Faridah menghubungi saya dan mengajak saya ke syarikat perniagaan Aromaterapinya di KLCC, Ampang. Sampai sahaja saya ke sana, entah bagaimana, saya seolah tersedar dari lamunan. Ada satu kekuatan timbul dalam diri saya untuk memberitahu majikan
Kak, saya nak berhenti".
Hingga kini, wang claim juga elaun saya yang memang tidak dia beri, lupus begitu sahaja. Biarlah, saya dah maafkan.
Pukau melalui makanan dan minuman.
Setelah saya berjaya melepaskan diri dari belenggu majikan saya, bekas kakitangannya seorang Juruletrik pernah berkata kepada saya
Kau ni aku rasa dah kena mandrem teruk ni... Aku rasa masa ko makan dengan dia tu, dia gaul makanan dan mandrem ko". Huh! Seram dengarnya.
Konon nak beli, rupanya nak pukau!
Kali kedua berlaku di KFC, namun pemuda yang kononnya ingin membeli sim prepaid dari saya tu tak sempat buat apa². Kebetulan saya berjumpa pemuda ni ditemani rakan saya yang ada ilmu mengesan kaki pukau. Dia pukau saya melalui panggilan telefon. Alhamdulillah, rakan saya, walau tidak bertudung, dia tahu saya dipukau. Saya tidak pasti apa bacaannya hingga membuatkan pemuda tu takut dengan kami. Alhamdulillah, tiada apa berlaku.
Jangan mudah percaya pada yang nampak dizahir.
Beliau seorang yang cukup bijak berkata-kata tentang agama dan nampak hebat dalam menasihati orang. Berkali juga dia menasihati saya secara personal. Dalam pada itu, dia menghasut saya supaya membenci beberapa rakan lain dalam grup whatsap yang saya turut serta.
Setelah beberapa kali dia ingin berjumpa dengan saya, tidak jadi disebabkan saya sibuk bekerja. Pernah juga dia nak datang ke tempat kerja saya nak jumpa waktu saya bekerja. Semata-mata nak cerita masalahnya dan nak beli keropok lekor di sekitar tempat kerja saya dan langsung nak saya hantarkan dia pulang ke rumahnya. Namun, ada sahaja halangan.
Entah bagaimana pada 22/11/2015 lalu, dia berjaya memujuk saya kononnya nak beli salah satu produk bisnis saya. Dia ni sangat licik... Licik dalam berkata-kata dan berpura-pura. Pernah pagi sefi'ie dia minta saya bawa dia ke Hospital hingga marah dan naik risau suami saya kepada saya. Pernah juga dia merayu-rayu di tengah malam buta nak tumpang tidur di rumah saya. Nak pulihkan semangat katanya. Hingga suami saya hairan
Ai, takkanlah dia sebatang kara? Jiran saudara-mara takde ke asyik nak suruh Ayang je?".
Akhirnya saya mula renggangkan diri darinya hinggalah hari-hari dia kontak, whatsapp dan mesej cerita hal kawan-kawan kami dalam
whatsapp grup. Ada yang berubat tak habis dengan Tuan Gurunya, dah berubat pula dengan orang lain. Macam-macam lagilah tentang mereka dia cerita kepada saya. Saya sedang mengajar kot... Terganggu pekerjaan dan kehidupan saya!
Sesekali saya terfikir, dah kenapa dia memburuk-burukkan rakan-rakan sekumpulan? Apa motif? Entahlah...
Cara memukau tepuk lengan dan bahu.
![Pukau sihir melumpuhkan minda merosakkan mangsa Pukau adalah cara manusia tidak bertamaddun]() |
Memang ada, pukau dengan cara tepuk bahu. Tak kena, tak tahu. Bila dah kena barulah tahu.... Sumber google. |
Diringkaskan cerita yang panjang berjela juga, akhirnya kami berjumpa di Pasar Keramat kerana dia nak beli Roti Paratha 3 peket dari saya. Mula² nampak saya je dia dah tepuk bahu saya 2 kali. Masa dalam kereta 2 kali lagi dia tepuk lengan bahu kiri saya. Sepanjang² dia ada dalam kereta, otak saya kosong! Saya jadi blur. Adakala saya rasa takut. Serius saya tak tahu kenapa? Masa makan, dengan senang hati saya belanja dia dan anaknya makan. Tak mengapalah, tak kisah yang tu sebab memang dah niat nk sedekah dan belanja dia. Nak-nak pula, kesiankan dia si ibu tunggal dan anak susuannya, anak istimewa tu.
Ada beberapa kali dia minta saya tinggalkan handbag saya. Kali pertama semasa saya ambil produk yang tersalah ambil untuknya di rumah saya. Kali ke dua semasa saya hendak membasuh tangan setelah makanan saya sampai. Alhamdulillah saya tak tinggalkan.
Semasa makan pada hari tu, dia ada je duit. Dia keluarkan duit untuk bayar. Namun akhirnya saya juga yang bayarkan. Tak kisahlah tu, sebab dah niat sedekah pun. Tapi saya hairan. Dia nak pergi ke beberapa kedai yang saya sebut di atas tu, ada pula duit nak membeli?
Yang saya musykil lagi, kenapa dia cakap dia belum gaji dan nak bank in je duit Roti Paratha 3 peket tu? Walhal, baru je saya terbaca pada 20/11/2015 dalam
whatsapp grup dia dah dapat duit dari Baitulmal dan dapatla beli atau repair laptopnya yang rosak tu katanya.
Bukanlah nak mengungkit... Cuma rasa pelik... Dia kata dia takde duit, tak dapat gaji lagi tapi dia nak beli keropok lekor dan nak makan nasi ayam di kawasan saya bekerja. Pergi ke semua tempat tu menaiki kereta saya dan mengarah saya ke sana dan ke mari.
Seperkara lagi, saya sebenarnya tersilap bawa barang yang dia nak beli, jadi saya bawa dia ke rumah saya menaiki kereta saya untuk ambil barang yang kononnya dia nak beli tu. Suami saya cakap, dia saja tak nak tengok ke perempuan dalam kereta tu semasa saya kenalkan. Tapi suami cakap, sekali imbas suami nampak hitam muka perempuan tu dan gelap. Walhal, saya nampak dia cerah putih je macam biasa.
Perasaan ketika dipukau.
Masa tu, memang rasa semacam je, macam sedar diri ni kena pukau, tapi tak dapat nak buat apa, cuba baca ayat² Al-Quran tapi tak dapat baca habis. Blur! Takut tapi tak tahu kenapa? Kemudian, lepas je hantar dia balik, jauh dari kawasan rumah dia, tup terus hilang rasa blur.
Dalam kereta nak menghala ke rumah dia, di traffic light, dia tepuk lengan bahu kiri saya 2 kali macam yang dia buat masa mula² jumpa kak kat Pasar Keramat pada hari tu. Kemudian, dia cakap,
Akak sebenarnya bila nampak ieta beli banyak. Akak dapat baca, ieta ni nak sedekah ke orang ni... sambil tu nak bisnis".
(Aik? Masa bila dia nampak? Pelik... Dalam grup
whatsapp, saya memang jarang bercerita hal bisnis saya. Hormat pada yang lain. Jika ada yang memulakan, barulah saya buka cerita hal bisnis saya).
Sesudah itu dia cakap apa entah, saya blur sangat masa tu. Tak boleh fikir satu apa pun. Cuma yang saya ingat dia cakap
Akak ni beli 3 peket Roti Paratha dari ieta ni, akak nak bagi ke orang 1, bagi Tuan Guru akak 1 dan akak nak makan 1 tapi akak tak gaji lagi, akak bank in boleh tak?".
Saya menurut sahaja kata dia. Sampai barang niaga akhirnya saya beri percuma sahaja. Saya pun terus dengan keblurannya cakap
Takpelah kak, saya pun sedekah je lah ke akak".
Dah hantar dia sampai rumah dia, lepas je jauh sikit ke luar kawasan rumah dia, saya terus hilang blur dan terfikir
Eh, kenapa dgn aku ni ek? Kenapa aku blur? Aku di mana ni? Eh, ke mana aku ni tadi? Kenapa aku kat sini?
Di saat baru terfikir semua tu. Saya pun cubalah ingatkan balik ayat² Al-Quran nak pulihkan balik, nak bagi sedar balik diri saya ni. Jenuh saya
drive dalam keadaan macam orang tak sedar. Alhamdulillah saya tak
accident sebab otak saya kosong dan beberapa kali saya salah masuk lorong nak ingatkan balik jalan ke rumah saya.
Terfikir saya kenapa perlu tepuk² lengan bahu saya kalau nak bercakap? Nak cakap, cakap je la. Masa pertama kali jumpa dulu, saya hantar barang yang dia beli di ofis lama dia, tak de pula dia tepuk² saya macam tu... Yang saya ni pun macam lembu kena cucuk hidung. Ikut dan percaya je cakap dia...
Kenapa saya kata dia pukau saya?
Pengalaman 2 kali saya dipukau tapi dengan cara yang berbeza membuatkan saya tahu saya telah dipukau dan saya pernah baca cara orang memukau menepuk mangsanya.
Yang buat saya lebih yakin dia pukau saya kerana perempuan yang pukau saya kali ni ada
whatsapp saya tanya
Ada apa² yang berlaku tak sepanjang ieta bersama dengan akak?"
Kenapa dia tanya soalan tu jika dia tidak berniat jahat ke atas saya Saya yang memang dah tahu niat buruknya, hanya menjawab ringkas
Kenapa, akak ada buat sesuatu yang tak elok ke kat saya?".
Terus saya
block semua nombor fonnya. Malas dah nak layan.
Penyelesaian dan cara menghindari pemukau.
Akhirnya, dari hari Ahad 22/11/2015 tu, saya block semua nombornya dari fon termasuk
whatsapp saya. Saya
unfriend dan
block dia dari
facebook saya dan keluar dari grup
whatsapp yang dia juga ada. ATAS
ARAHAN SUAMI. Sebab memang tak sangka dia sanggup buat saya macam tu. Sudahlah cuba menghasut saya membenci rakan yang lain dalam grup
whatsapp dan yang paling teruk, hingga memecah belahkan kerukunan rumahtangga saya suami isteri. Dia ada ajak saya jumpa lagi selepas hari ini sebenarnya. Saya kata suami akan mengikuti trip ke luar negara tak lama lagi, anak5 tiada orang nak uruskan. Katanya,
Kadangkala kita perlu ada ruang untuk tiada suami di samping kita. Beri kebebasan untuk kita bergerak".
Ingat masa saya hanya untuk dia? Anak saya 5 orang nak campak ke mana? Tak boleh ke cakap yang elok kot iya pun? Nasihat tu, bagus ke macam tu? Itu sebab saya kata, dia pemecah-belah keharmonian rumahtangga dan tak senang melihat orang lain bahagia.
Saya yakin sebab saya pernah rasa otak kosong blur macam tu semasa kali pertama saya dipukau dengan bekas majikan saya dahulu.
Keesokan hari, saya berjumpa seorang Ustaz. Bila saya cerita saya ditepuk² dua kali dan sekali lagi pun 2 kali juga, Ustaz tu terus beritahu tips nak pulang balik pukau jika terkena lagi. Ustaz kata, memang ilmu sebegini antara punca juga kepada keberantakan rumahtangga.
Gangguan berangkai kesan pukau.Bayangkan, dari hari Ahad 22/11/15 sampai hari Khamis 26/11/2015 baru saya ingat kisah kejadian apa yang telah berlaku. Lama kan tempoh nak pulihkan ingatan? Dalam tempoh yang sama juga, anak saya yang kecil hari-hari mengamuk di tengah malam, selama 3 jam. Letih saya dan suami meredakan anak kecil yang tak berdosa ni. Penat. Beberapa hari kami tidak cukup tidur. Anda bayangkan, apa jadi jika tidak cukup tidur? Segalanya mungkin andai tak kuat iman...
Malam 26/11/2015, saya membaca surah Al-Kahfi usai solat maghrib dan solat hajat sementara menanti solat Isyak. Keesokannya ada seseorang
whatsapp kepada saya, si pemukau statuskan di
facebook nya,
Tak tido dari semalam Mata macam zombie Otak pun macam zombie
Org tak tido ni Jenis #outforblood
6jam selepas itu statusnya berbunyi seperti berikut :
Kann dah kata org tak tido mcm gua mmg out for blood lah hahahahaha baru sorang dah kena".
Saya tidak mahu paparkan
screen shoot yang ada gambar wajahnya memakai tudung kuning tu bersama kata-katanya di atas dikongsikan kepada saya kerana dia pernah cerita kepada saya, dari gambar pun benda tak elok boleh pergi kepada kita (Sebelum ni dia tak pernah paparkan wajahnya pada profile facebook). Serius, semasa saya tulis semula
ayatnya tu pun, bulu roma saya meremang. Apa yang saya nampak dan saya dengar selepas saya solat hajat, itu juga tak mahu saya ceritakan di sini. Nanti saya akan bertambah rasa seram lagi.
Kesemua
bloglist di dalam
blog saya juga saya terpaksa buang kerana suami saya beritahu, dia lihat ada gambar saya bersama 4 orang anak saya ketika saya menyertai satu program bersama rakan-rakan grup di dalam
bloglist saya.
Demi keselamatan saya, yang masih lagi pening dan
blur, suami melarang saya ke mana-mana pada hari Sabtu dan Ahad baru ini melainkan urusan keluarga. Kebetulan anak ke dua saya telah menjalani proses berkhatan maka, suami sarankan saya berehat sahaja di rumah. Suami saya memang sayang dan risaukan saya. Hikmah di sebalik apa yang dah berlaku pasti ada.
Perubatan tradisional buang anasir negatif sihir dan pukau.Hari ini, 30/11/2015 saya ikhtiar pula berubat secara tradisional. Saya tidak ceritakan pun kepada perawat saya yang memukau saya seorang ibu tunggal. Tetapi perawat ada bertanya
Dia ibu tunggalkan? Cuba fikir, kenapa suami dia tinggalkan dia? Mesti ada sebab. Dia cuma nak ambil kesempatan dan ke atas kesenangan kamu je...".
Mesti dia ada nak pinjam duit kamu kan? Suruh kamu bayar hutang dia kan?". Perawat saya bertanya lagi.
Alhamdulillah, belum sempat lagi ke tahap itu. Cuma dia selalu jugalah mengadu dia bermasalah kewangan hingga terpaksa pinjam tabung anak susuannya.
Perawat saya berpesan kepada saya,
Pilih kawan tu berhati²... Jangan dah sampai jadi macam ni. Banyak benda menumpang kat badan kamu dia nak tumpangkan. Boleh nak kawan tapi kamu tu dahlah lemah dan kurang amalan. Kamu kena selalu amalkan amalkan apa yang menjadi amalan kamu tu untuk pendinding diri kamu. Ni bernasib baik benda tu baru duduk sampai kat kaki. Belum sampai tempat lain lagi".
Huh, patutlah sakit sokmo kaki kiri saya selama ni...
Pengalaman dimandikan air rawatan tradisional pemulih pukau.
Perawat telah buatkan air mandian yang dibelah dua limau nipis ke dalamnya dan diramas-ramas beserta bacaan ayat-ayat Al-Quran. Suami saya yang mandikan saya. Masa air daripada limau mengalir ke muka saya kan, gatal meretik² weh muka dan badan saya....
Sebelum mandi suami saya diarahkan letakkan setengah potong limau di ubun-ubun saya, sambil minta dengan Allah benda yang baik-baik. Kemudian gosokkan limau tu dan semua limau potongan limau ke seluruh anggota badan saya hingga ke kaki buat macam sabun.
Kemudian, saya kena minum seteguk air mandian sambil berselawat ke atas Nabi S.A.W sebelum suami saya jiruskan menggunakan gayung. Minum kali pertama saya muntah angin sedikit. Suami saya suruh minum lagi. Minum kali ke 2 ni, air tu tersekat di tekak saya tercekik nak telan. Saya paksa telan juga. Kemudian, saya muntah lagi. Minum kali ke 3, tercekik lagi, kali ni muntah macam nak terkeluar isi perut saya. Lembik saya dibuatnya. Tapi lepas sapu limau ke kaki yang selalu sakit tu, kaki rasa ringan sangat.
Dalam keadaan seperti duduk antara dua sujud dan menghadap qiblat, suami mandikan saya dari sebelah kanan gayungkan sampai ke kaki. Kemudian sebelah kiri, depan dan belakang (4 penjuru). Bilas dengan air biasa hanya 2 gayung sahaja tak boleh lebih. Terus pakai baju tanpa lap kering.
7 kaedah sebagai pendinding dari sihir dan pukau :
- Jaga solat Subuh kerana solat Subuh merupakan pintu hari.
- Jaga solat Maghrib kerana solat Maghrib merupakan pintu waktu malam.
- Solatlah di awal waktu setiap hari.
- Amalkan zikir dan amalan harian untuk mendinding diri dari sihir dan pukau.
- Lakukan solat hajat, minta petunjuk dari Allah. Memang Allah tunjukkan satu persatu.
- Padam semua gambar di laman sosial. Ilmu sihir dan pukau juga boleh tersebar melalui gambar.
- Amalkan membaca surah Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat.
Tips elakkan dipukau.
Ustaz yang saya jumpa pada keesokan harinya saya dipukau ada berikan saya tips jika ditepuk, tepuk kembali seperti mana dan sebanyak mana bilangan ditepuk kepada dia untuk pulangkan balik ilmu pukau tu kepada dia. In syaa Allah tak terkena pukau atau sebarang ilmu kepada kita.
Muhasabah diri dan kesimpulan.Sikap terlalu mudah percayakan orang dan terlalu kesiankan orang memudahkan pemukau yang berniat jahat mengambil kesempatan ke atas diri. Maka, fikir-fikirkanlah dan dengarlah suara hati nurani diri.
Kadang² ada orang suka nak
test sesuatu ilmu yang telah dipelajari ke atas orang lain dan kadang² ada juga manusia, jenis tak suka orang lain senang atau bahagia. Dengki... Maka, ilmu salah, digunakan untuk memporak-perandakan kehidupan orang lain. Moga anda bukan mangsa
Pukau sihir melumpuhkan minda merosakkan mangsa seterusnya.